Friday 20 May 2016

Tempahan Songkok Hari Raya

                                           Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!!
HARGA PROMOSIII PROMOSII HARI RAYA 2016 !!!!!!!!!!!!!! Cepatt, Cepatt, Jangan Lepaskan Peluang !!! Promosii terbaru dari Syarikat Kami, Andong Warisan.
Tempahan Songkok untuk Hari Raya dibuka sekarang.
Hanya RM100(Deposit RM50) Beli 2 Percuma 1 mengikut pakej yg disediakan..
Anda sekeluarga boleh bergaya di Hari Raya dengan Songkok keluaran kami pada harga Promosi...
Penghantaran seawal april hingga pertengahan jun..
Tempahlah dari sekarang untuk merasai aura Songkok Warisan kami..
Dapatkan borang di bawah untuk tempahan.
Kami membantu anda mengurangkan masalah keperluan di saat akhir.
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke surga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca Al Qur'an secara bergantian dan mempelajarinya, niscaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat kenaikan derajatnya”. (Lafazh riwayat Muslim no. 2699].

Sunday 9 November 2014

" REPANGI 100 "

             Songkok Andong Warisan
                  “Repangi 100”
                        Songkok Baldu VIP (100% Handmade)

Size : 18”~24”inch
Height : 4”~5” inch
Order code #: 100m4/100m5
Type: RED MAROON BALDU
Price: RM70.00 ( 4”)
Price: RM85.00 ( 5”)








Size : 18”~24”inch
Height : 4” ~ 5” inch
Order code #: 100blu4/100blu5
Type: BLUE BALDU
Price: RM70.00 ( 4”)
Price: RM85.00 ( 5”)







Size : 18”~24”inch
Height : 4”~5” inch
Order code #: 100blc4/100blc5
Type: BLACK BALDU
Price: RM60.00 ( 4”)
Price; RM70.00 ( 5”)

" REPANGI 1001 "

         Songkok Andong Warisan
               “Repangi 1001”
                 Songkok Baldu VVIP (100% Handmade)
Size : 18” ~ 24”inch
Height : 6 inch
Order code #: 1001blu6
Type: BLUE Baldu
Price: RM100.00

Size : 18” ~ 24”inch
Height : 6 inch
Order code #: 1001blc6
Type: BLACK Baldu
Price: RM90.00





Size : 18” ~ 24”inch
Height : 6 inch
Order code #: 1001m6
Type: RED MAROON Baldu
Price: RM100.00

" Sejarah Andong Warisan "

  ANDONG WARISAN adalah sebuah syarikat pembuatan dan pengeluaran songkok yang berasal dari Batu Pahat, Johor dan telah di ilhamkan oleh
Tuan Hj Mohd Repangi Bin Hj Arba’i.

Beliau adalah seorang Guru yang amat menyayangi bangsanya dan risau akan arus kemodenan mampu menenggelamkan segala warisan Melayu sehingga segala warisan Melayu akan pupus ditelan zaman..

Dengan ini Beliau mendapat idea dan ilham untuk mencuba menghasilkan satu perniagaan pembuatan Songkok yang dapat mewariskan Warisan Melayu pada masa akan datang..

Beliau telah menggunakan nama produk “ Repangi ” sebagai jenama Songkok yang telah beliau hasilkan. Syarikat ANDONG WARISAN ini juga adalah 100% Hak milik bumiputera dan telah ditubuhkan pada tahun 1970.

Beliau memulakan perniagaan songkok ini secara kecil-kecilan sehingga mendapat permintaan yang banyak daripada orang ramai sehingga pengasas merasakan bahawa ingin  menjadikan perniagaan ini sebagai Platform kepada pewaris dan pelapis pada masa akan datang agar Warisan Melayu  tidak hilang ditelan Zaman.

Pengasas merupakan seorang yang berfikiran jauh serta mengharapkan bangsanya tidak akan lupa tentang sejarah kemelayuan. Ini kerana arus kemodenan semasa mampu menghilangkan Warisan Melayu dalam pemikiran anak-anak bangsanya. Ini mungkin kerana sifat dan naluri beliau sebagai seorang Guru serta pendidik yang membuatkan beliau amat menyayangi masa depan anak- anak bangsanya..

Tujuan utama syarikat ini adalah untuk memperkenalkan di mata dunia tentang Sejarah,Cara Kehidupan dan Pemakaian di Alam Melayu supaya Masyarakat di serata Dunia dapat mengenali dan belajar serta berkongsi keistimewaan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu.

Pengeluaran dan penghasilan produk songkok ini dikelolakan oleh individu yang berkebolehan dan berkemahiran bagi mengisi permintaan pelanggan di seluruh Malaysia dan Antarabangsa..

Selain itu,Songkok keluaran kami ini adalah 100% hasil buatan tangan yang berpengalaman.Kami mempunyai pelbagai jenis kain baldu yang berkualiti tinggi serta memiliki rekaan dari yang klasik dan juga moden.Kami yakin anda akan berpuas hati dengan songkok keluaran kami kerana kami amat mementingkan kualiti.Pembuatan yg halus dan terperinci serta dihasilkan oleh anak-anak muda melayu yg berbakat serta berkemahiran tinggi dalam pembuatan songkok.Segala penghasilan dan kualiti songkok dipantau oleh individu yang sangat berkemahiran serta berpengalaman didalam bidang pembuatan songkok selama lebih 30 tahun agar kualitinya tidak terjejas..

ANDONG WARISAN diuruskan oleh anak-anak Pengasas dan sekumpulan Pencinta Warisan Melayu yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran yang tinggi serta berkemahiran dalam bidang pembuatan songkok.

WAWASAN
Menjadi Contoh serta Model dalam bidang pengeluaran songkok dalam memperkenalkan dan mengangkat martabat Warisan Melayu Songkok di Mata Dunia..

OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan pembuatan dan pengeluaran songkok baldu buatan tangan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan dalam memenuhi pemintaan pelanggan di pasaran tempatan dan antarabangsa dan dapat dipakai oleh segala lapisan masyarakat dan bangsa..

" Asal Usul Songkok "

  Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelengkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular di kalangan bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal daripada “Fez” yang dipakai di Ottoman Turki dan menjadi simbol identiti Islam.Menurut pakar, “Fez” ini menjadi popular di kalangan India Muslim dan  kemudiannya bertukar menjadi songkok di Alam Melayu.

   Dalam kesusteraan Melayu, songkok telah disebut dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina (1840) "...berbaju putih bersongkok merah....".

  Di Malaysia, pemimpin-pemimpin menjadikan Songkok sebagai satu pemakaian rasmi apabila menghadiri sesuatu upacara dan pertabalan.
Jika dilihat semua gambar Perdana Menteri Malaysia, didapati semuanya memakai Songkok.Ini merupakan satu lambang di dalam komuniti Masyarakat Melayu..

  Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi yang dipopularkan oleh Sukarno.Songkok dipakai oleh rakyat Indonesia bagi majlis-majlis rasmi seperti upacara perkahwinan atau cuti-cuti keagamaan seperti cuti Hari Raya Aidil Fitri danHari Raya Aidil Adha.

Bagi masyarakat Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagamaan dan sewaktu   menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.Songkok juga dipakai oleh tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara tertentu.

   " Songkok ibarat Mahkota bagi kaum lelaki,berdiri megahnya dan segaknya umpama raja yg berdiri " petikan kata;- Anak Batu Pahat 

Andong Warisan

andong warisan
              Malay Heritage Archipelago

                                    “ The Origin’s of Songkok ”
    Songkok is the Traditional hat that can be found in many countries at South East Asia. Songkok is the mostly worn by the Malay people and it’s a symbolic in Malay Culture. Songkok can be part as a perfect match for “Baju Melayu” another traditional Malay dress that always been worn by the Malay people. In Malay community, Songkok has been worn as a official head wearing to attend official ceremonies such wedding ceremony, Friday prayers, rituals and during the Hari Raya Aidil Fitri and Hari Raya Aidil Adha . Songkok is also used by military and police forces of Malaysia in certain ceremonies. This Songkok is also the most popular traditional hat among the Malay Community in Malaysia, Singapore, Indonesia, Brunei and Southern Thailand. History had been told that the origin of this Songkok is come from “FeZ” that is always been used by the Otthoman Turkey and it’s become a symbol identity of islam. Some of the expert says that this “FeZ” has became more popular among the indian muslim community and later turned into a Songkok in the Malay History World…

In Malay Literature, Songkok has been mentioned in the Poem of Siti Zubaidah Chinesse War (1840) in White shirt wift the Red Songkok .

“ Songkok Andong Warisan ”

· - We are the Company that have been 30’ years experienced manufacturing in making of Songkok that is 100% owned by Malaysian Company.
· - Produce Handmade Songkok by highly skilled individuals and experienced.
· - Providing reservations High-Quality Handmade Velvet Songkok.

if you have any questions and reservations please contact ;
Mr. haji mohd repangi bin haji arba’i ( ceo andong warisan )
phone :+60127967409        email : mohdrepangi@yahoo.com

Mr. muhd ilham bin rozlan ( admin )
Phone :+60134248105      email : mr_ilham86@yahoo.com

Keluaran Produk " Repangi "


Songkok Andong Warisan